Wujudkan undang-undang khusus berkaitan pemalsuan sijil kelayakan
Iklan
Ismail (gambar kecil) berkata, kerajaan perlu segera mewujudkan undang-undang khusus berkaitan pemalsuan sijil palsu agar individu terlibat berasa gerun untuk melakukan kesalahan tersebut.
SHAH ALAM - Kerajaan digesa mewujudkan undang-undang berkaitan kesalahan mengemukakan sijil palsu dalam apa-apa tujuan bagi melindungi reputasi dan imej individu yang memiliki sijil tulen.
Profesor Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Ismail Sualman berkata, isu mengemukakan sijil palsu bukan perkara baharu sebaliknya sering kali timbul sewaktu menjelangnya pilihan raya.