Pengundi Melayu jadi penentu di Pelangai
Iklan
Majoriti 70 peratus daripada 16,456 pengundi di DUN Pelangai terdiri daripada kaum Melayu, manakala Cina 20 peratus dan selebihnya ialah kaum lain - Gambar hiasan, gambar kecil dari kiri: Mazlan, Mohd Yusri
BIARPUN Pakatan Harapan (PH) menang besar dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu lalu namun tidak bererti parti mewakili Kerajaan Perpaduan akan memperoleh kemenangan mudah di PRK Pelangai, Pahang, 7 Oktober nanti.
Ini kerana demografi pengundi di DUN Pelangai jauh berbeza berbanding kawasan Pulai dan Simpang Jeram yang menjadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) susulan majoriti penduduknya ialah kaum bukan Melayu.