Perkasa wakaf hijau demi negara
Iklan
Contoh kontemporari bagi wakaf hijau di negara ini ialah wakaf air. Foto hiasan 123RF
JULAI lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan pelan Ekonomi Madani sebagai wadah untuk mengangkat semula darjat dan martabat Malaysia melalui penstrukturan semula ekonomi ke arah negara peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Ekonomi Madani mempunyai dua pendekatan serampang dua mata iaitu ‘menaikkan siling’ sebagai peneraju ekonomi Asia dan ‘menaikkan lantai’ untuk mempertingkat usaha meninggikan darjat hidup rakyat.