Gelombang hijau gagal tembusi Johor
Iklan
Suhaizan (kiri) dan Nazri (kanan) meraikan kemenangan masing-masing pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada Sabtu.
JOHOR BAHRU - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diterima pengundi Parlimen Pulai dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram apabila mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut pada pilihan raya kecil (PRK) pada Sabtu.
Dalam keputusan yang diumumkan malam tadi bagi PRK Parlimen Pulai, Naib Pengerusi Amanah Johor yang mewakili PH-BN, Suhaizan Kaiat memperolehi 48,283 undi menewaskan pencabarnya dengan majoriti 18,641 undi.