Harapan ahli UMNO buat Najib
Iklan
Thaksin yang hidup dalam buangan selama 15 tahun kembali ke Thailand manakala Najib masih menjalani hukuman penjara.
NEGARA Thailand dan Malaysia banyak persamaan. Kedua-dua negara mengamalkan sistem raja berperlembagaan, mempunyai bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara dan dipimpin kerajaan yang dibentuk oleh dua parti politik yang bermusuhan sejak berdekad-dekad dahulu.
Walaupun parti Move Forward yang bersifat progresif dan liberal telah memenangi paling banyak kerusi, pemimpin mereka masih gagal mendapat sokongan daripada Parlimen untuk membentuk kerajaan. Situasi ini menjadi kemelut politik Thailand selama tiga bulan.