Sukarkan proses demokrasi di Parlimen
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Dr Mohammad Tawfik Yaakub
SHAH ALAM - Amaran Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda (Muda) yang mahu menarik sokongan seterusnya keluar daripada Kerajaan Perpaduan tidak boleh dipandang ringan kerana berisiko menyukarkan sebarang proses demokrasi di Parlimen yang memerlukan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.
Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sekiranya Muda menarik diri, sukar untuk pindaan perlembagaan dan kelulusan yang memerlukan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.