Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
Iklan
Aset-aset ATM turut menyertai raptai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 27 Ogos lalu. - Foto Bernama
PADA perbarisan hari merdeka beberapa hari lalu, kelengkapan dimiliki pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipertontonkan tentunya memberi seakan satu jaminan kepada rakyat bahawa angkatan tentera negara memiliki kelengkapan yang serba moden dan berkemampuan.
Kelengkapan dan sistem persenjataan seperti kereta kebal dan pesawat tempur yang dibeli bukannya murah. Setelah dimiliki ia juga memerlukan penyelenggaraan berkala yang turut menelan belanja bukan sedikit.