Demokrasi ala Switzerland
Iklan
Switzerland yang merupakan negara pengeluar susu dan keju yang enak terus kekal dalam senarai 10 negara paling gembira di dunia. - Foto 123rf
SELAIN United Kingdom (UK), ramai orang Malaysia turut memilih Switzerland (Swiss) sebagai destinasi pelancongan utama di benua Eropah.
Selain Geneva dan Zurich, gunung-ganang Swiss seperti Jungfrau, tasik glasier seperti Lausanne serta Brienz dan perkampungan lembah gunung seperti Lauterbrunnen serta Gstaad menawarkan keindahan luar biasa pada setiap musim.