Mata wang negeri timbul kejanggalan
Iklan
Laporan Sinar Harian dan Mohd Faisol
SHAH ALAM - Memperkenalkan mata wang baharu di peringkat negeri bukan satu langkah yang tepat untuk menangani krisis ekonomi negara.
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, jika tersilap percaturan ia akan mendatangkan keburukan kepada ekonomi negeri berkenaan.