Kes profil tinggi cabaran terbesar
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kanan: Haniff Khatri
SHAH ALAM - Jawatan Peguam Negara yang sering diselubungi kontroversi selain terpalit tuduhan melakukan pendakwaan terpilih boleh diatasi jika penyandangnya mampu menjelaskan mengapa sesuatu keputusan untuk mendakwa diambil khususnya membabitkan individu berprofil tinggi.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, mengeluarkan kenyataan secara menyeluruh berserta bukti-bukti kukuh untuk sesuatu kes jenayah berprofil tinggi adalah antara cabaran ketelusan terbesar yang perlu dilalui oleh Peguam Negara yang baharu, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.