Tolak rasuah, jaga imej PDRM
Iklan
Jamilah bersama suaminya melihat album gambar ketika berkhidmat dalam PDRM. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
GOMBAK - Jangan ambil rasuah, takut termakan budi. Itu nasihat bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Detektif Sarjan Mahat Jafar yang telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam pasukan polis.
Mahat, 73, berkata prinsipnya adalah ikhlas dalam menjalankan tugas di samping memenuhi kod etika PDRM bagi memastikan integriti sebagai penjawat awam terpelihara.