Perlukah setiap masalah diselesaikan serentak
Iklan
Adalah biasa jika usahawan berasa hampir kesemua isu yang dihadapinya penting. - Foto hiasan/123RF
MENJADI lumrah bagi setiap usahawan apabila menghadapi pelbagai masalah, akan cuba menyelesaikan seberapa segera. Situasi ini pastinya akan memberi tekanan kepada usahawan dan akan mengambil tindakan, yang adakalanya tidak menguntungkan perniagaan.
Antara perkara yang dihadapi ialah isu, masalah, peluang dan risiko yang berlegar dalam perniagaan. Kesemua ini boleh dikumpulkan ke dalam empat kategori berdasarkan kepentingan atau sebaliknya.