Suhaizan guna media sosial dekati pengundi luar Parlimen Pulai
Iklan
Suhaizan bersalaman bersama penduduk yang hadir pada Program Rahmah Mesar bersama Penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) di PPR Kempas Permai hari ini. Foto Bernama
SHAH ALAM - Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat, menggunakan saluran media sosial bagi mendekati dan memberi kesedaran kepada pengundi luar untuk pulang mengundi sempena pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Pulai, pada 9 September ini.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana difahamkan 30 peratus pengundi Parlimen Pulai kini bekerja di pelbagai sektor di Singapura.