KWSP: Perlu ada RM35,000 di usia 30 tahun
Iklan
Seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera KWSP yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022. -.Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - Rakyat Malaysia disaran mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM35,000 pada usia 30 tahun untuk mencapai jumlah minimum wang yang diperlukan bagi menampung kehidupan selepas bersara.
Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, hanya 19 peratus daripada 446,000 ahli KWSP berumur 30 tahun mencapai sasaran RM35,000 dengan purata simpanan sebanyak RM78,000 seorang, setakat Jun 2023.