Seperti beri lesen untuk bunuh diri - PIMA
Iklan
Pengalaman menunggang motosikal kuasa kecil dengan berkuasa tinggi berbeza dari segi teknologi, keupayaan mental, fizikal dan sebagainya. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Cadangan menaik taraf lesen Kelas B2 kepada B secara automatik diibaratkan seperti memberi ‘lesen’ kepada penunggung motosikal untuk membunuh diri.
Demikian perumpamaan yang diberikan Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), Mat Aris Bakar setelah meneliti cadangan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad.