Perjuangkan nasib penoreh getah seluruh negara
Iklan
Ahmad Tarmizi (kanan) adalah salah seorang daripada 12 ahli Parlimen yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baharu bagi penggal Palimen ke-15.
SEJAK sekian lama, para penoreh getah sering mengeluh kerana harga getah yang tidak stabil sehingga sebahagian besar daripada mereka terpaksa membuat kerja tambahan bagi menampung kehidupan.
Mereka juga tertekan kerana terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi dan disebabkan kesempitan hidup, ada dalam kalangan penoreh getah terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan harian mereka.