PH-BN mampu menang selesa
Iklan
Sentimen akar umbi UMNO di Johor yang kuat dan menebal dijangka memberi kemenangan kepada gabungan PH-BN pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. Gambar kecil dari kiri: Noor Nirwandy dan Mujibu.
SHAH ALAM - Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka mampu mencapai kemenangan selesa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram atas faktor kubu kuat UMNO dan diplomasi politik baik yang ditunjukkan oleh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, agak sukar untuk Perikatan Nasional (PN) menembusi kawasan tersebut kerana penyatuan akar umbi UMNO di Johor sangat kuat seperti berlaku pada pilihan raya negeri (PRN) di Kelantan dan Terengganu yang didominasi oleh Pas.