PH-BN jangan terlalu selesa
Iklan
Dua calon PH iaitu Suhaizan (kiri) bakal bertanding di Parlimen Pulai, manakala Nazri di DUN Simpang Jeram pada PRK yang akan diadakan pada 9 September depan.
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang membuka tirai pada Sabtu dilihat sebagai medan penentu sama ada Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini menguasai Johor dapat memberikan kelebihan buat calon Pakatan Harapan (PH).
Tambahan pula kedua-dua parti itu bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membentuk Kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.