Malaysia perlu ubah struktur, bukan ulang strategi
Iklan
Malaysia perlu mencontohi Thailand, Vietnam dan China dari segi R&D serta pemindahan teknologi. Gambar kecil: Fatimah
SHAH ALAM - Malaysia memerlukan perubahan struktur besar untuk mencapai tuntutan sistem makanan lestari, berdaya tahan dan setara.
Ia sebagaimana diputuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Sidang Kemuncak Sistem Makanan 2021 dalam usaha mendepani cabaran multi dimensi.
Felo Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Fatimah Mohamed Arshad berkata, sekiranya perubahan itu tidak dilaksana dan negara masih mengulangi dasar serta strategi sama, hasilnya akan mendatar atau lebih perlahan.