Belum ada isyarat jelas siapa bakal menang PRK
Iklan
Blok kerajaan dan pembangkang dijangka berdepan persaingan sengit bagi ketiga-tiga PRK di Johor dan Pahang. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Sivamurugan Pandian)
SHAH ALAM - Blok kerajaan dan pembangkang dijangka berdepan persaingan sengit bagi ketiga-tiga pilihan raya kecil (PRK) di Johor dan Pahang kerana ketika ini tiada signal jelas dalam menentukan sama ada kerusi dipertandingkan dapat dikekalkan penyandang atau sebaliknya.
Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, sukar untuk dipastikan potensi kemenangan ketika ini meskipun dikatakan 'gelombang hijau' pilihan raya negeri (PRN) lalu akan menular di PRK Parlimen Pulai, Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Johor dan DUN Pelangai, Pahang.