Penjara khas untuk samseng
Iklan
Penjara tersebut yang dilengkapi lapan blok sel dan dikelilingi tembok konkrit dengan ketinggian 11 meter sepanjang 2.1 kilometer.
TECOLUCA - Perang habis-habisan yang dilancarkan Presiden El Salvador, Nayib Bukele ke atas geng jenayah di negara itu menyebabkan sebuah penjara terbesar di Amerika Latin semakin sesak.
Kompleks di Tecoluca yang terletak di tenggara ibu kota kini menjadi 'rumah singgah' golongan itu.