Tak patut selit logo parti
Iklan
Foto tular yang memaparkan replika cek tertera lambang DAP disampaikan Kor Ming (tiga dari kanan) kepada wakil sekolah di Perak baru-baru ini. (Gambar kecil: Chin Huat)
SHAH ALAM - Menteri diingatkan agar tidak menyalahgunakan peruntukan kerajaan dengan 'menyelitkan' logo atau nama parti tertentu demi meraih sokongan politik.
Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, tindakan itu bukan sahaja boleh mencalar imej kerajaan, tetapi turut membuka ruang kepada lawan untuk menyerang pentadbiran semasa.