Jepun buang sisa air radioaktif Khamis ini
Iklan
Sebanyak tiga reaktor di kemudahan nuklear Fukushima musnah ketika bencana berganda pada Mac 2011.
TEKA-teki berhubung tarikh sebenar Jepun akan melepaskan sisa air radioaktif di loji nuklear Fukushima akhirnya terjawab.
Perdana Menteri, Fumio Kishida pada Selasa mengumumkan langkah kontroversi yang ditentang keras komuniti nelayan dan negara jiran mereka akan dilaksanakan pada Khamis ini.