Sempadan kawasan pilihan raya
Iklan
Kajian persempadanan terakhir yang dilakukan oleh SPR adalah pada tahun 2017 dan kawasan pilihan raya tersebut telah digunakan bagi PRU14 dan PRU15. - Gambar hiasan
PILIHAN raya negeri (PRN) bagi enam Dewan Undangan Negeri (DUN) telah selesai. Adat pertandingan, ada yang kalah, ada yang menang. Tidak semua akan gembira dengan keputusan. Namun tujuan pilihan raya telah tercapai dan hasil pilihan raya telah diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Kerajaan negeri telah ditubuh dan pentadbiran akan berjalan seperti sediakala. Lebih menarik adalah tiada perubahan ketara parti memerintah bagi setiap negeri yang terlibat.