Perlu sukarela semarak patriotisme
Iklan
Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara. - Gambar hiasan Bernama
BULAN Ogos merupakan bulan yang penting dalam kalendar negara. Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 akan disambut pada 31hb Ogos dan berlanjutan ke bulan September di mana kita akan memperingati Hari Malaysia yang jatuh pada tanggal 16hb September.
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, rakyat Malaysia berbilang bangsa perlu memaparkan semangat patriotik dan kasih sayang terhadap negara kita.