Krisis perumahan di UK
Iklan
Purata harga sewa rumah di London meningkat sebanyak 20 peratus hanya dalam tempoh kurang dua tahun sejak 2021. - Foto EPA
GREATER London Authority mengeluarkan satu laporan yang begitu mengejutkan. Hanya dalam tempoh satu tahun, jumlah gelandangan yang terpaksa tidur di tepi jalan sekitar London meningkat daripada 8,329 kepada 10,053.
Jumlah gelandangan di seluruh United Kingdom (UK) pula dilaporkan mencecah suku juta dan hampir separuh daripadanya ialah kanak-kanak. Ia agak aneh bagi negara berpendapatan tinggi seperti UK.