Rakaman dashcam bantu siasatan
Iklan
Rakaman kamera papan pemuka menunjukkan pesawat yang membawa lapan individu termasuk dua kru dan ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis. Gambar kecil: Shahul Hamid
SHAH ALAM - Pihak penyiasatan tragedi pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di sini, mungkin memerlukan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam kenderaan yang melalui kawasan itu.
Penganalisis jenayah yang juga pakar kriminologi, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, sebarang bentuk rakaman meskipun dalam kualiti yang rendah dipercayai mampu menjadi bukti penting untuk dianalisis di makmal forensik.