Tenggelamnya kapal UMNO?
Iklan
UMNO memerlukan kepimpinan baharu yang dipercayai oleh orang Melayu. - Foto Bernama
KEPUTUSAN pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu bukanlah terlalu mengejutkan buat UMNO dan Barisan Nasional (BN). Ia adalah lanjutan daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) – BN bertanding 178 kerusi dan hanya menang 30 kerusi.
Kali ini pada PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, UMNO/BN bertanding di 108 kawasan tetapi hanya menang 19 kerusi.