Perpaduan ummah tanpa DAP?
Iklan
Kerajaan perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tak sempurna tapi buat masa ini, itulah yang terbaik bagi negara ini.
Pandangan beberapa buah NGO Melayu/Islam yang mahukan sebuah kerajaan perpaduan tanpa DAP nampaknya hangat diperkatakan.
Memang kita semua tahu DAP menjadi punching bag dan dimomok-momokkan oleh sesetengah pihak. Tak kiralah apa pun yang DAP buat tapi kecaman ke atasnya tidak akan berkurang. Apa sahaja masalah dibebankan pada DAP.