Zionis terus rakus roboh penempatan Palestin
Iklan
Sebuah keluarga Palestin gagal mengawal emosi apabila rumah mereka di Kawasan C berhampiran bandar Hebron dirobohkan tentera Israel.
ISRAEL telah merobohkan atau merampas 56 bangunan milik Palestin termasuk enam rumah di Baitulmaqdis yang diduduki dan Kawasan C Tebing Barat.
Perobohan secara sengaja dan sistematik itu hanya dilakukan dalam tempoh dua minggu sahaja.