DAP diterima pengundi Melayu urban
Iklan
Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada DAP dalam PRN Sabtu lalu daripada segmen pengundi urban (bandar) dan semi urban.
SHAH ALAM - Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu datang daripada segmen pengundi urban (bandar) dan semi urban yang bersikap terbuka serta berfikiran rentas kaum.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, golongan itu memilih parti tanpa dibatasi sentimen kaum dan agama.