Kita juga pernah berjanji
Iklan
PN masih menerajui kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala PH-BN pula mengekalkan penguasaan ke atas Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan pada PRN, Sabtu lalu. - Gambar hiasan
PILIHAN Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru sahaja berlalu. Keputusannya 3-3 mengekalkan status quo iaitu Perikatan Nasional (PN) masih menerajui kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) pula mengekalkan penguasaan ke atas Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.