Sanusi The Hero
Iklan
Sanusi The Boss ternyata macam hero filem Tamil – dibenci oleh musuh tetapi dijulang oleh pengikutnya. - Foto REUTERS
SATU perkara yang Awang setuju dengan banyak penganalisis politik adalah serangan ke atas Menteri Besar Kedah, Tuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor makan tuan.
Beliau diserang oleh semua pimpinan PH termasuk Tuk Seri PM. Malah ada menteri khusus yang diberi tanggungjawab bongkar ‘skandal’ Sanusi dalam soal unsur nadir bumi (REE).