Jakarta bandar paling tercemar di dunia
Iklan
Bangunan pencakar langit diselubungi jerebu berikutan kualiti udara yang teruk di ibu kota Indonesia pada akhir minggu lalu.
JAKARTA - Ibu kota Indonesia disenaraikan sebagai salah sebuah bandar tercemar di dunia selepas Indeks Kualiti Udara (AQI) mencecah 156 iaitu tahap tidak sihat.
Susulan perkembangan itu, Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Isnin turut menzahirkan kebimbangan terhadap pencemaran udara yang semakin teruk di Jakarta.