Harga ayam segar naik sehingga RM1.50
Iklan
Harga ayam segar di Georgetown naik sehingga RM1.50 sejak beberapa hari lalu.
GEORGETOWN - Harga ayam segar di pasaran naik sehingga RM1.50 sejak seminggu lalu menjadikan bahan mentah itu berharga antara RM9.40 hingga RM10.90.
Peniaga ayam, Mohd Hafizi Mat Saad, 42, berkata, harga tersebut tidak menentu sejak beberapa bulan lalu menyebabkan peniaga berdepan masalah untuk meletakkan harga jualan kepada pembeli.