'Undi silang' PH-BN berlaku dalam skala kecil
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan pemimpin tertinggi Kerajaan Perpaduan ketika Sesi Keputusan PRN enam negeri dan PRK Kuala Terengganu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu. Gambar kecil: Noor Nirwandy
SHAH ALAM - Komposisi ‘undi silang’ antara Pakatan Harapan (PH) kepada Barisan Nasional (BN) dan sebaliknya pada pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu mungkin berlaku namun dalam skala yang sangat kecil.
Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, ini kerana jumlah peratusan yang keluar mengundi cukup rendah iaitu tidak mencapai 80 peratus.