UMNO perlu berani berubah
Iklan
Ahmad Zahid (tengah) tiba di WTC Kuala Lumpur bagi menunggu keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada malam Sabtu. - Foto: Bernama, gambar kecil dari kiri: Isham, Wan Hashim, Dr Mazlan Ali, Othman
MEMENANGI hanya 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu, olah-olah menggambarkan satu referendum rakyat terutama orang Melayu menolak Barisan Nasional (BN).
Bahkan wujud undi protes daripada penyokong UMNO disebabkan mereka tidak boleh menerima hakikat parti itu bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP yang pernah menjadi musuh ketat mereka.