Kalah-menang pemimpin parti dalam PRN
Iklan
Anthony (tiga dari kanan) bersama Aminuddin (lima dari kiri) dan Jalaluddin (empat dari kanan) meraikan kejayaan bersama di Pusat Perhimpunan Keputusan Pilihan Raya PH-BN di Klana Resort pada Sabtu.
SHAH ALAM - Pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri pada Sabtu menyaksikan beberapa nama besar pemimpin pelbagai parti berjaya memperoleh kemenangan dan tidak kurang juga yang kecundang.
Termasuk dalam senarai pemimpin parti yang meraih kemenangan pada PRN kali ini adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau atas tiket Barisan Nasional (BN).
Mohamad menang di kerusi DUN Rantau, pada PRN Negeri Sembilan yang berakhir pada Sabtu.