Kita memilih atas dasar apa?
Iklan
PADA Sabtu 12 Ogos ini, pemilih untuk pilihan raya negeri (PRN) bagi Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan membuang undi. Mereka akan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.
Walaupun hampir semua calon adalah daripada kumpulan parti-parti yang bertanding, sesiapa yang menang sebagai ADUN di mana-mana kawasan diberi amanah untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat setempat.