'Ore Kelate' sudah sedia tukar kerajaan
Iklan
Amran (tiga dari kiri) menjelaskan rakyat di Kelantan ketika ini dahagakan perubahan pentadbiran kerajaan negeri supaya mereka lebih maju ke hadapan.
PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah ada senarai nama calon menteri besar Kelantan sekiranya parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) berjaya menyekat dominasi Pas di negeri itu sejak 33 tahun lamanya.
Pun begitu, Ahmad Zahid tidak menamakan calon berkenaan sebaliknya menjelaskan senarai itu hanya akan diumumkan selepas PH-BN menang pada pilihan raya negeri (PRN) ini pada 12 Ogos nanti.