Sokongan PN luar biasa di Pulau Pinang - Dominic
Iklan
Dominic mengadakan konvoi bersama anak-anak muda mengelilingi Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 7 Ogos lalu.
PADA ketika ini Perikatan Nasional (PN) masih tidak menamakan mana-mana calon daripada koalisi parti itu untuk diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang andai berjaya merobohkan ‘tembok besar’ DAP dalam pilihan raya negeri (PRN) ini.
Namun, nama Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas dilihat antara calon yang bersesuaian memandangkan beliau merupakan ketua parti mewakili kaum bukan Melayu.