PH-BN sudah ada calon MB Kelantan
Iklan
Ahmad Zahid (tengah) bergambar bersama pemimpin-pemimpin PH-BH yang hadir selepas majlis Perasmian Desa Cerdas Kemas di Plaza IMT-GT Bukit Bunga, Jeli pada Isnin. - Foto Bernama
TANAH MERAH - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah ada beberapa senarai nama calon Menteri Besar Kelantan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, senarai itu bagaimanapun hanya akan diumumkan selepas Pakatan Harapan (PH)-BN menang pada pilihan raya negeri (PRN) itu pada 12 Ogos ini.