Ancaman perang nuklear bukan main-main
Iklan
Konflik Rusia-Ukraine dikhuatiri menjadi titik tolak tercetusnya perang nuklear.
PARIS - Lebih 100 jurnal perubatan di seluruh dunia menggesa tindakan segera supaya menghapuskan senjata nuklear setelah memberi amaran tentang ancaman malapetaka dahsyat yang semakin meningkat.
Desakan bersama itu dibuat seteRlah Rusia berulang kali mengancam untuk menggunakan senjata nuklear di Ukraine selain siri ujian misil balistik yang dilancarkan Korea Utara.