Razif mahu lawan secara gentleman
Iklan
Ahmad Razif (depan, tengah) yakin rakyat di Terengganu akan membuat perubahan dengan menyokong PH-BN dalam PRN pada 12 Ogos nanti.
MESKIPUN berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir untuk tempoh tiga penggal dan dilabel sebagai kerusi paling selamat bagi Barisan Nasional (BN), namun Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman enggan bersikap terlalu selesa.
Menurut bekas Menteri Besar Terengganu yang juga calon BN di kawasan yang disandangnya ketika ini, Ahmad Razif tetap menyifatkan kehadiran lawannya iaitu Khazan Che Mat mewakili Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipandang mudah, walaupun bukan anak tempatan di Seberang Takir.