'Khianat poster calon boleh jadi jenayah'
Iklan
Bahan kempen calon PH menjadi mangsa vandalisme apabila diconteng dan dikoyakkan pihak tidak bertanggungjawab.
Toreh dan simbah cat pada poster kempen PRN disifatkan perbuatan biadab
SHAH ALAM - Perbuatan khianat terhadap poster pihak lawan menunjukkan masih ada pentaksub politik tidak matang.
Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Datuk Dr Jayum Jawan berkata, tindakan biadab itu tidak membawa sebarang kebaikan, melainkan menunjukkan sikap buruk pelakunya.