Perhimpunan politik berdarah
Iklan
Gambar diedarkan perkhidmatan kecemasan Rescue 1122 menunjukkan seorang mangsa dipindahkan ke hospital. - EPA
PESHAWAR - Angka kematian akibat serangan pengebom bunuh diri menyasarkan perhimpunan parti politik di barat laut Pakistan meningkat kepada 44 orang dan mencederakan hampir 200 yang lain.
Insiden pada Ahad itu berlaku di daerah Bajaur dalam wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan yang pernah dikuasai Taliban.