Referendum nilai prestasi, fenomena gelombang hijau
Iklan
(Gambar kiri) Para penyokong beri sokongan kepada calon-calon bertanding di Sungai Tua, Gombak Setia and Hulu Kelang. (Gambar kanan) Anggota PDRM dan Rela mengawal di jalan utama ke Pusat Penamaan Calon PRN DUN Kijal, Kemaman pada Sabtu.- Foto Bernama
PADA Sabtu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan sejumlah 572 pencalonan diterima daripada pelbagai parti politik untuk bertanding di keseluruhan 245 kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen sempena pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Terengganu.
PRN yang dijalankan serentak di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos hadapan hakikatnya bakal menjadi referendum rakyat terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), sejak lapan bulan lalu.