Tugas berat menanti calon heavyweight
Iklan
Calon-calon heavyweight dalam PRN kali ini mempunyai misi berat, bukan sahaja pastikan kemenangan tetapi imbangi impak jika kalah di kawasan ditandingi. Gambar kecil dari kiri: Kartini, Mohammad Tawfik
SHAH ALAM - Calon-calon heavyweight yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini mempunyai misi berat, bukan sahaja dalam memastikan kemenangan tetapi mengimbangi impak jika kalah di kawasan ditandingi.
Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, strategi parti meletakkan mereka di kawasan panas membawa isyarat jelas bahawa bukan mudah untuk memberi ruang kepada parti lawan, khususnya menguasai negeri seperti Selangor.