Konteks awal memahami PRN
Iklan
Petugas SPR melakukan persiapan akhir menjelang hari penamaan calon di Pusat Penamaan Calon PRN bagi DUN N.08 Tanjong Emas, N.09 Kota Lama dan N.10 Bunut Payong di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat - Foto: Bernama
HARI ini 244 pusat penamaan calon akan membuka gelanggang bagi enam pilihan raya negeri (PRN) dengan satu daripadanya ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.
Selepas lapan bulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir, PRN menjadi tumpuan bagi menguji beberapa hipotesis politik pilihan raya yang ketara berubah.