Jurutera 'angkat' martabat busana tradisional Melayu
Iklan
Zat Asyraff (kanan) dan Nik Ismail bersama koleksi busana Melayu dihasilkan mereka di Kampung Kandis, Bachok.
BACHOK - Meskipun pelbagai fesyen kontemporari muncul dalam masyarakat namun keistimewaan dan keunikan busana tradisional tetap berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Lebih membanggakan persalinan tradisional Melayu kini makin diminati generasi muda yang lebih terbuka dan berani menggayakan pemakaian warisan dalam pelbagai acara.